Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

FGV Nafi Laporan Rancang...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings...

Datuk Seri Vida Tak...

SIAPA yang tak kenal dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang sangat...

Institut Memandu Perlu Senaraikan...

PUTRAJAYA – Semua Institut Memandu (IM) diarah untuk menyenaraikan caj ujian memandu dalam...

Piala FA: Tok Gajah...

KUALA LUMPUR - Pahang meraih bekalan selesa untuk melangkah ke separuh akhir Piala...

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

ISKANDAR PUTERI: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai, di sini, untuk merakam gambar pemandangan, dibimbangi mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Katanya, mereka juga dilarang berhenti sesuka hati di bahu jalan jambatan yang baru dibuka dua hari lalu semata-mata untuk merakam gambar.

“Semua pengguna jalan raya, khususnya di Jambatan Sungai Pulai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas, agar tidak memandu dalam keadaan yang boleh menyebabkan berlaku kemalangan ketika melalui jambatan ini.

“Diingatkan kepada semua untuk tidak memandu laju dan melulu, dilarang berlumba serta dilarang berhenti untuk bergambar.

“Pihak polis akan melakukan pemantauan secara berkala agar tiada perkara menyalahi undang-undang serta perilaku membahayakan nyawa pengguna jambatan yang lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Kelmarin, Jambatan Sungai Pulai sepanjang 7.5 kilometer (km) itu mula dibuka kepada orang awam.

Ia menghubungkan Gelang Patah-Tanjung Bin, Pontian, dibina dengan kos RM800 juta dan mula dibina pada 2017 serta siap sepenuhnya Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilaporkan berkata, jambatan itu dilengkapi laluan dua hala dengan dua lorong setiap laluan selain mempunyai laluan kapal di bawahnya dengan ketinggian 25 meter dan lebar 100 meter.

“Jambatan Sungai Pulai akan memberi laluan terus dari Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ke Tanjung Bin. Dengan pembukaan jambatan ini, masa perjalanan asal selama lebih satu jam dari PTP ke Kukup, Pontian dapat dipendekkan kepada hanya 30 minit,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori