Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Berdepan Detik Cemas,...

KUANTAN - Sejumlah 61 penghuni asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Al Ittihadiah di...

Tok Mat Tanding Kerusi...

SEREMBAN - Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO,...

Brunei Nafi Ada Kad...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kerajaan Brunei menafikan pernah mengeluarkan kad perkahwinan pasangan Islam...

Cubaan OKT Kes Dadah...

BESUT - Cubaan seorang suspek kes dadah melarikan diri dengan berpura-pura sakit ketika...

Johor Baik Pulih 73 Masjid, Surau Daif

JOHOR BAHRU : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM3.13 juta bagi membaik pulih 73 masjid dan surau yang uzur serta daif seluruh negeri ini yang membuat permohonan pada tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata peruntukan itu disalurkan menerusi Tabung Pembinaan Masjid Johor (TPMJ) kepada 20 masjid dan 53 surau selepas penelitian dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Katanya, ada beberapa permohonan lain yang diterima tetapi ditolak kerana terdapat kesilapan teknikal dan perlu membuat permohonan baharu.

“JAINJ mengalu-alukan kariah masjid dan surau yang daif untuk tampil membuat permohonan bagi menambah baik kemudahan rumah ibadah itu.

“Kebanyakan masjid ini akan dinilai oleh JAINJ sebelum peruntukan disalurkan menerusi TPMJ untuk menjalankan kerja baik pulih.

“Sekiranya mustahak dan perlu diberikan keutamaan, ia akan diberikan perhatian untuk ditambah baik bergantung penilaian yang dilakukan oleh JAINJ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan dan penyerahan Sumbangan RM2.5 juta oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) bagi pembinaan Masjid Al-Muhajirin Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai, di


Pusat Islam Iskandar, di sini, semalam.

Mohd Fared berkata, sebagai contoh, Masjid Al-Muhajirin ini adalah antara masjid uzur yang akan dibina semula dalam masa terdekat.

Katanya, masjid yang berusia 74 tahun itu strukturnya yang diperbuat daripada kayu dan papan sudah berada dalam keadaan uzur dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.

“Jumlah peruntukan untuk membina semula masjid ini menelan kos RM3.3 juta, sejumlah RM2.5 juta disumbangkan oleh PIJ melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor manakala RM1.2 juta pula disumbangkan menerusi kutipan awam.

“Jadi, tak banyak baki yang kita perlu kumpul dan yakin jumlah ini sudah boleh dimulakan kerja pembinaan bagi masjid untuk dibina semula dan mampu menempatkan jumlah jemaah yang lebih ramai,” katanya yang memaklumkan masjid baharu yang menjadi tumpuan musafir itu mampu menampung sehingga 500 jemaah pada satu masa.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori