Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya Kambing Australia Untuk...

SINGAPURA - Dalam satu perubahan ketara bagi ibadah korban tahun ini, hanya kambing...

KKM Tak Lagi Guna...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai...

Ozil Tolak Tawaran RM5.46...

MESUT Ozil menolak peluang untuk menjadi salah seorang pemain bola sepak yang memperoleh...

Sultan Selangor Tarik Balik...

Darjah kebesaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini ditarik...

Johor Wujud Kerajaan Perpaduan, Masih Belum Diputuskan – Salahuddin

JOHOR BAHRU : Keputusan sama ada kerajaan Johor akan mewujudkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu selaras dengan apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, masih belum dibuat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata PH masih lagi berperanan sebagai pembangkang di Johor, berikutan belum ada lagi perbincangan berhubung pembentukan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu, setakat ini.

Bagaimanapun, Salahuddin yang juga Pengerusi PH Johor berkata, semangat perpaduan dan kerjasama antara PH dan BN negeri itu sudah mula terjalin membabitkan isu masyarakat setempat.

“Setakat ini, kita masih belum buat apa-apa keputusan lagi di Johor. Namun semua (PH dan BN Johor) kami faham bahawa semangat perpaduan Kerajaan Persekutuan itu sangat mendasari hingga ke negeri ini.

“Setakat ini saya yakin dan percaya hubungan wakil rakyat Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram setakat ini dapat rasakan kerjasama sangat baik dengan agensi negeri.

“Contohnya, isu rakyat membabitkan kemusnahan awam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana, banjir kilat di Kampung Pasir dan Jalan Kolam Air, pegawai negeri berikan kerjasama begitu baik.

“Setakat ini, hubungan ini kita rasakan sangat baik cuma secara rasminya, kita tak dapat menentukan apakah bentuk kerjasama di masa akan datang. Namun setakat saya meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari terakhir sidang pada November lalu, PH Johor masih duduk lagi di barisan pembangkang,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis kesyukuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Pulai, di sini, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lalu, BN meraih kemenangan dua pertiga selepas memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PH pula memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga), manakala PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, BN Johor hanya berjaya menang sembilan kerusi Parlimen berbanding 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan sekali gus gagal mencapai sasaran untuk menang sekurang-kurangnya 20 kerusi.

PH pula menang 15 kerusi Parlimen di Johor termasuk Parlimen Muar yang dimenangi Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perikatan Nasional (PN) juga berjaya meraih dua kerusi Parlimen di Johor iaitu Mersing dan Pagoh.

-Berita Harian

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori