Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Belia Tanpa Slip Gaji...

DUNGUN - Para belia luar bandar yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang...

PKPB Dilanjutkan, Rakyat Perlu...

KUALA LUMPUR - Sedar tak sedar, sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia tabah...

Sam Bunkface Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang telah selamat bergelar suami kepada...

Ramai Tampil Cerita Kisah...

Sudah banyak ditulis tentang keluarga bekas datin dan permintaan serta helah melampaunya dalam...

Jual Dadah Dalam Cecair Vape, Dua Pemuda Ditahan Polis

PETALING JAYA : Lagi kegiatan sindiket penjualan cecair vape bercampur dadah dibongkarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu, JSJN Bukit Aman menyerbu beberapa lokasi di Setapak, Kuala Lumpur dan Puchong, Selangor.

JSJN menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, serbuan pertama menahan dua lelaki tempatan berusia 24 tahun dan 35 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti memproses serta mengedar dadah dalam bentuk cecair vape.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang digunakan suspek, polis merampas 35 botol cecair vape dengan anggaran isi padu 350 mililiter bernilai kira-kira RM5,250.

“Serbuan kedua di sebuah kediaman di Puchong kemudian merampas kotak dan botol-botol kosong yang dipercayai digunakan untuk membungkus cecair vape,” kata hantaran itu.


Kenyataan itu memaklumkan, kegiatan terbabit dipercayai mula aktif sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, modus operandi sindiket adalah mencampurkan cecair dadah ke dalam perisa vape sebelum menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengedar dadah terbabit di sekitar Lembah Klang.

“Polis percaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape yang bergiat aktif di Lembah Klang,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori