Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wartawan Malaysiakini Cabut Lari,...

KUCHING - Khabarnya seorang wartawan sensasi portal propembangkang terkenal, Malaysiakini menyiarkan laporan yang bukan...

FMLLP, FAM Hancurkan Daya...

KOTA BHARU - Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan...

Tukang Jahit Mati Dipercayai...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita ditemukan mati dipercayai ditikam oleh suaminya, dalam satu...

Kembara Kebajikan 1Malaysia Jelajah...

KUALA LUMPUR - Kembara Kebajikan 1Malaysia yang kini memasuki tahun ketiga akan memberi...

Kadar Inflasi Malaysia Mula Catat Penurunan

PUTRAJAYA : Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia mereda kepada 3.8 peratus pada Disember 2022, berbanding 4.0 peratus bulan sebelumnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kenaikan perlahan kumpulan makanan & minuman bukan alkohol kepada 6.8 peratus berbanding pada bulan sebelumnya (7.3 peratus) menyumbang kepada peningkatan lebih rendah inflasi negara.

“Ini diikuti oleh kumpulan pengangkutan (4.9 peratus) dan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (3.7 peratus) yang turut merekodkan peningkatan yang lebih perlahan berbanding November 2022.

“Namun begitu, restoran & hotel terus menunjukkan peningkatan kepada 7.4 peratus berbanding November 2022 (7.0 peratus),” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam keluaran terkini IHP, Disember 2022 yang diterbitkan, hari ini.

Mohd Uzir berkata, inflasi bagi keseluruhan 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan pada 2021.

Beliau berkata, peningkatan ini didorong terutamanya oleh kumpulan makanan & minuman bukan alkohol (5.8 peratus), restoran & hotel (5.0 peratus) dan pengangkutan (4.7 peratus).

“Konflik antara Russia dan Ukraine serta kenaikan harga komoditi global pada tahun lalu menyumbang kepada kenaikan inflasi,” katanya.

Sementara itu, inflasi bagi suku tahun keempat 2022 meningkat 3.9 peratus kepada 128.9 berbanding 124.1 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Mengulas inflasi di peringkat negeri pula, Mohd Uzir menjelaskan empat negeri merekodkan inflasi melebihi paras nasional 3.8 peratus iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.9 peratus), Selangor (4.5 peratus), Sarawak (4.1 peratus) dan Johor (3.9 peratus).

Namun begitu, Kedah katanya merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 2.2 peratus.

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan & minuman Bukan Alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Sarawak masing-masing 8.4 peratus diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.5 peratus), Sabah (7.4 peratus) dan Johor (6.9 peratus).


“Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan & minuman bukan alkohol nasional iaitu 6.8 peratus pada Disember 2022,” katanya.

Dalam pada itu, inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tanpa mengambil kira harga makanan segar yang tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan mencatatkan peningkatan 4.1 peratus pada Disember 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan & minuman bukan alkohol iaitu 8.1 peratus.

Selain itu, kumpulan restoran & hotel turut mencatatkan kenaikan 7.4 peratus, diikuti oleh pengangkutan (7.3 peratus); hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (3.7 peratus) dan perkhidmatan rekreasi & kebudayaan (2.4 peratus).

Mengulas mengenai inflasi negara lain, Mohd Uzir berkata, kadar inflasi Zon Euro mereda kepada 9.2 peratus pada Disember 2022 daripada 10.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Katanya, peningkatan perlahan ini didorong oleh inflasi tenaga yang mereda kepada 25.7 peratus berbanding 34.9 peratus pada bulan sebelumnya.

“Kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) mereda kepada 6.5 peratus pada Disember 2022 berbanding November 2022 (7.1 peratus).

“Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih di rantau Asia Pasifik, kadar inflasi

di Malaysia (3.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Filipina (8.1 peratus), Thailand (5.9 peratus), Indonesia (5.5 peratus) dan Korea Selatan (5.0 peratus),” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori