Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Dah La Penat Berjalan,...

SEBUAH video pendek berdurasi 22 saat dimuat naik oleh stesen CCTV NEWS, di China...

Netizen Kecam Rita Ajar...

BUAT itu salah, buat ini pun salah. Apalah nak jadi dengan netizen ni...

Southern Volunteers Mara Ke...

TERIMA kasih Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail...

Video: Tujuh Pelajar ‘Baham’...

IBARAT seekor rusa diratah sekumpulan dubuk, begitulah perihal yang boleh digambarkan mengenai video ini...

Kajian Pemberian Subsidi Penternak Ayam Di Peringkat Akhir

ALOR SETAR : Kerajaan di peringkat akhir bagi menentukan kaedah berkesan dalam pemberian subsidi kepada penternak ayam daging dan ayam penelur sebelum dilaksanakan semula.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata keputusan mengenai perkara itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

“Perkara itu sedang dibincang di peringkat beberapa kementerian, kita kena duduk bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta beberapa kementerian berkaitan lain.

“Subsidi kepada penternak ini sudah lama berjalan dan ada permintaan supaya dikaji subsidi ini supaya pergi kepada subsidi bersasar. Ini di peringkat kajian akhir, ia akan diumumkan pada masa terdekat, nantilah keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Jualan Ayam Bismi di Simpang Empat, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam hingga Disember 2022 pada kadar 80 sen sekilogram (kg) bagi ayam daging dan lapan sen bagi sebiji telur.


Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika itu dilaporkan berkata keputusan itu dibuat bagi meringankan beban penternak susulan peningkatan kos pengeluaran yang berterusan terutama kos makanan ayam yang meliputi 70 peratus dari kos pengeluaran selain kos anak ayam, logistik, pekerja, utiliti dan ubatan.

Mengulas lanjut, Mohamad turut memberi jaminan kerajaan akan memastikan subsidi sampai kepada penternak yang terbabit secara langsung dalam industri berkenaan.

“Kita akan pastikan subsidi sampai kepada pemain industri, jika kita terima aduan subsidi ini tidak sampai, maka pegawai kita akan bertindak,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori