Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Sebabkan Kematian Syed...

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian Syed...

Aura Kim Swee Pastikan...

KUALA LUMPUR – Selain bertanggungjawab merencanakan strategi perlawanan menakjubkan, ketua jurulatih skuad Bawah...

Orang Iceland Tegur Nora...

BUKAN fenomena biasa di sini jika lihat orang sedang melepak dan meluangkan masa...

Mangsa Banjir Sabah Akan...

PITAS - Bantuan wang ihsan akan diberikan kepada mangsa banjir di Sabah, kata...

Kemasukan KJ Ke PKR Perlu Dibincang

KUALA LUMPUR : Penyertaan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada UMNO sebagai ahli PKR perlu dibincangkan dalam kepimpinan parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak boleh keseorangan membuat keputusan itu dan tanpa perlu dilakukan secara kolektif oleh semua pemimpin PKR.

Katanya lagi, desas-desus berita kemasukan Khairy ke PKR masih bersifat spekulasi dan hanyalah pramatang.

“Yang itu (penyertaan KJ) kita kena bincang dalam parti. Tetapi sekarang isu ini tidak timbul lagi, jadi tak perlu bincang lagi.

“Kalau perkara ini timbul, barulah kita bincang tetapi belum lagi, maka setakat ini jadi spekulasi sahaja,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Parlimen Siri 1.0: Reset Ekonomi Malaysia di Parlimen di sini hari ini.

Sumber Utusan Malaysia memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan Khairy dipecat daripada parti dengan serta-merta.


Perkara itu ekoran kenyataan Khairy ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 lalu yang mendakwa wujud kepincangan ketika proses pengundian usul Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Menerusi satu video di akaun Tik Tok, Khairy berkata, tindakan itu dipercayai bagi membolehkan perwakilan ‘import’ dibawa masuk untuk sorak dan ‘bulldoze’ usul supaya kedua-dua jawatan tidak dipertandingkan.

Selain itu, UMNO menggantung keahlian Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan; ahli MT, Datuk Dr Fathul Mat Jahya; bekas ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Maulizan Bujang.

Keahlian mereka digantung selama enam tahun.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori