Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Curi Pisau Cukur Dan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pisau cukur dan coklat Cadbury di sebuah pasaraya,...

Bekas Pemain JDT Zaquan...

IPOH - Bekas Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd Zaquan Adha...

Peranan Media Dihargai, Menghubung...

Jalinan kolaborasi di antara agensi kerajaan dan pengamal media penting agar dasar yang...

Lantikan S Gobi Krishnan...

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan...

Kerajaan Digesa Bertindak Tegas Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil langkah lebih tegas menerusi tekanan diplomatik yang wajar supaya kerajaan Sweden mengambil tindakan serius terhadap golongan ekstremis yang mengundang suasana tegang dan kebencian antara agama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin, berkata, pihaknya juga menyokong semua usaha tegas termasuk kempen boikot, pelupusan kepentingan (divestment) dan sekatan ke atas semua produk ekonomi berkepentingan Sweden.

Katanya, ini termasuk tindakan undang-undang yang dibenarkan untuk memastikan hasrat pelbagai bantahan disuarakan ramai pihak sebelum ini sampai ke sasarannya.

“Kami berpandangan, ini bukan soal kebebasan bersuara tetapi perbuatan jenayah tidak bertamadun yang berselindung di sebalik hak asasi manusia.

“Sebagai salah sebuah negara maju, Sweden sepatutnya lebih arif dalam perkara ini dan berupaya untuk mencegah dari perkara ini berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, PEMBELA yang mewakili gabungan lebih daripada 50 NGO Islam tegas membantah tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik haluan kanan, Rasmus Paludan dan sikap pilih kasih kerajaan Sweden dalam mengekang tindakan-tindakan Islamofobia.

Sehubungan itu katanya, PEMBELA akan menggerakkan ahli-ahlinya bersolidariti dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain, dalam menyampaikan memorandum bantahan kepada kedutaan Sweden esok.

“Kami menggesa seluruh umat Islam bersama dalam usaha ini supaya keadilan dalam menegakkan prinsip asas hak asasi manusia tidak dicemari dengan elemen tindakan ‘double standard’ dan kebencian melampau seperti berlaku di Sweden, dibiarkan oleh pihak pemerintah,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori