Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sokong Filipina Perangi...

COTABATO CITY - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan sokongan Malaysia...

Puluhan Pesalah Rasuah Bertanding...

JAKARTA - Puluhan warga Indonesia yang pernah dipenjarakan atas kesalahan rasuah dijangka bertanding,...

11 Anak Anjing Dalam...

SINGAPURA - Sebanyak 11 ekor anak anjing ditemui disembunyikan dalam tangki minyak sebuah...

Pandelela, Cheong Raih Gangsa...

KUALA LUMPUR - Pasangan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih...

Kerajaan Diminta Haramkan Jualan Arak Di Premis 24 Jam Selepas 10 Malam

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas jam 10 malam, kata Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan, sekali gus menyebabkan risiko berlaku kejadian seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah.

“Selain itu, pengharaman itu bagi memelihara generasi muda daripada terjebak melakukan aktiviti yang sia-sia dan boleh membahayakan diri sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu menyifatkan langkah pengharaman penjualan arak pasti akan memberi kesan jangka panjang lebih baik kepada masyarakat dan keluarga kerana setiap individu akan terpelihara daripada bahaya pengaruh alkohol yang amat membimbangkan.


Katanya, kerajaan tempatan boleh mengenakan larangan berkenaan kepada premis jualan runcit yang beroperasi selama 24 jam dalam kawasan seliaannya sebagai permulaan kepada langkah berkenaan.

Ramesh Rao berharap usaha itu akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan sosial dalam komuniti semua rakyat daripada semua lapisan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan harmoni.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori