NIBONG TEBAL – Isu seorang jurulatih pasukan bola tampar wanita yang didakwa menampar dua pemainnya telah dibawa ke Unit Tatatertib dan Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk siasatan selanjutnya.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses siasatan sedang berlangsung dan pihaknya sedang menunggu keputusan berhubung kes tersebut.
“Berkenaan isu itu, kita sudah pun selesai siasatan dan kes sudah dibawa ke Unit Tatatertib dan Integriti KPM. Kita sedang menunggu hasil siasatan tersebut. Ingin saya tekankan di sini, dari awal sudah kita nyatakan dalam kes ini, proses sangat penting.
“Kita ada ruang keadilan untuk semua pihak malah guru tersebut juga boleh buat representasi. KPM tidak berkompromi soal keganasan.
“Proses (siasatan) sedang berlangsung, jadi kita tunggu lah hasil siasatan daripada Unit Tatatertib dan Integriti KPM,” katanya pada sidang akhbar berhubung Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal di sini pada Ahad.
Sebelum ini, satu video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Bagaimanapun pada 4 Januari lalu, jurulatih tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesal dengan tindakannya itu.
Bapa kepada salah seorang pemain bola tampar yang ditampar juga enggan mengambil sebarang tindakan dan memohon netizen menghentikan segala kecaman terhadap jurulatih berkenaan.
-Sinar Harian
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.