KUALA LUMPUR : Bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, keputusan itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn yang berlangsung malam ini.
Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung, termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, manakala bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar sudah mengesahkan beliau dipecat.
Noh meminta untuk dirinya dipecat kerana tidak mahu dirinya digantung selama enam tahun dan MKT bersetuju dengan permintaannya.
Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli MKT UMNO, Fathul Bari Mat Jahya; bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Selain itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menggantikan kedudukan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Johor.
-Utusan Online