Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Selalu Teman, Ada ‘Benda’...

TULAR menerusi laman sosial baru-baru ini mengenai perkongsian seorang netizen bercakap tentang makhluk...

DAP Kecam Militan Daesh...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP mengutuk kumpulan militan Daesh atau Islamic States (IS)...

Nilai Tender Nombor Plet...

ARAU - Nilai tender yang ditawarkan oleh 1,507 pembida dari seluruh negara untuk...

Mahkamah Agung India Batal...

NEW DELHI – Mahkamah Agung India membatalkan larangan era-kolonial terhadap seks gay semalam...

Langkah UMNO, BN Sertai Kerajaan Perpaduan Selaras Nas, Hadis Sahih – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penegasan, bahawa penyertaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan, bagi menolak kemudaratan dan bahaya lebih besar kepada parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN itu, berkata dalam era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, UMNO terdedah kepada perpecahan sesama ahli.

“Agenda pecah perintah disasarkan terhadap parti. Inilah mudarat yang paling besar pada parti yang kesannya dapat dilihat dengan jelas menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tidak boleh membenarkan lagi agenda seumpama itu berlangsung kepada parti ini pasca PRU15, ” katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2022, yang berakhir hari ini selepas empat hari bersidang.

Ahmad Zahid mendakwa, langkah UMNO itu selaras dengan nas dan hadis sahih, yang mana lebih baik menolak kemudaratan, berbanding menarik sebarang kebaikan.

“Menolak kemudaratan dan bahaya lebih diutamakan, berbanding menarik sebarang kebaikan”


“Apa sahaja perkara yang boleh memudaratkan parti dan perpaduan dalaman mesti dihalang dan dielakkan,” katanya

Justeru, beliau menyifatkan, Kerajaan Perpaduan adalah solusi terbaik untuk parti itu, bagi mengelakkan UMNO sekali lagi diratah perpaduannya.

“Insya Allah dengan itu (menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan) juga kita mampu menghadapi PRN negeri terdekat ini dengan gagah dan kuat, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Untuk Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan bersedialah, kita akan menjadi sebahagian daripada kerajaan semula,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori