Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Pemimpin MTUC Sokong...

PETALING JAYA - Bekas pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyatakan...

2 Biji Mangga Jepun...

MAHALNYA... Hampir RM15,000 hanya untuk harga dua biji mangga yang dianggap terbaik dan...

Moral, Akhlak Perlu Jadi...

JITRA - Pendidikan moral dan akhlak perlu menjadi urusan utama pendidikan negara dalam...

GAMBAR: PM, Hishammuddin Dan...

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sumbangan itu adalah untuk membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

“Dalam Menu Rahmah, makanan-makanan yang dijual tidak lebih RM5 sepinggan tanpa sebarang had pelanggan. Maknanya perut rakyat yang memerlukan dapat terisi dengan makanan dari awal pagi sampai ke malam.

“Cadangan harga RM5 itu adalah paling munasabah selepas pihak kami membuat kajian. Bukan sahaja nasi, ayam atau ikan dan sayur semata, pelanggan boleh memilih pelbagai menu lain yang dijual oleh peniaga.

“Justeru, saya sangat menghargai sumbangan para peniaga yang terlibat kerana sudi mengecilkan keuntungan, tidak mengurangkan jumlah makanan (portion) dan tidak berkompromi dengan variasi menu yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Menu Rahmah di Mydin Subang Jaya, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar inisiatif ini dapat dilakukan dalam jangka masa yang lama kerana bantuan ini bukannya berbentuk one-off seperti bantuan-bantuan lain.

Salahuddin turut menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.


Menu Rahmah dijayakan selepas KPDN memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Turut memetai MoU bersama adalah Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association, Bumiputra Retailers Organization, Malaysia Retail Chain Association, dan Malaysia Retailers Association.

Dalam majlis yang sama, Pasar Raya Mydin turut menyumbang 5,000 pek Menu Rahmah kepada 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara yang terdiri daripada golongan B40.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kementeriannya juga akan melancarkan Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah pada akhir bulan Mac nanti.

Jelasnya, ini merupakan usaha kecil untuk menyantuni golongan miskin tegar dan pelajar-pelajar universiti yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori