Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Hujan Wang Tunai...

JAKARTA - Pengguna jalan raya di pusat bandar raya Indonesia ini hampir tidak...

Logik 20 Sen Stadium...

Setiap kali Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md....

Sarawak Report Tiada Bukti...

KUALA LUMPUR - Mahkamah London awal-awal menolak hujah pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle...

Pemisah Syria Lancar Serangan...

ALEPPO - Pemisah Syria melancarkan serangan besar-besaran bertujuan memecahkan kepungan di daerah dikuasai...

Lelaki Maut Ditetak Dalam Pergaduhan

KLANG – Seorang lelaki mati ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja di Taman Intan, Kapar di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.04 pagi, mangsa berusia 30an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung pergaduhan tersebut.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi tersebut mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Siasatan awal mengesyaki pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja dengan mangsa telah ditetak dengan menggunakan senjata tajam tidak jauh dari lokasi kejadian.


“Dua suspek utama warga tempatan berusia 20an yang terlibat dalam kes itu telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, punca siasatan masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Vijaya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Hanis di talian 019-9099763 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada talian 03-32912222 serta mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat memaparkan dua lelaki memegang senjata tajam dipercayai parang panjang.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori