Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rezeki Balik Umrah, Hanez...

ALHAMDULILLAH.. nampaknya semakin mencurah-curah rezeki aktres jelita Hanez Suraya selepas pulang dari mengerjakan...

6 Lot Kedai Musnah...

SANDAKAN - Enam lot kedai tiga tingkat jenis kekal di Batu 8 Jalan...

MRSM Kekal Cemerlang, 1,109...

TERBAIK... Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi telah berjaya mencapai prestasi yang...

PNB Umum Dividen 6.40...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional...

Lulus Permohonan Pekerja Asing Kurang 3 Hari

PUTRAJAYA : Kerajaan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing untuk membenarkan majikan menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kemampuan dan keperluan sebenar tanpa perlu melalui pra-syarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui pelan ini, majikan dari tujuh sektor kritikal yang memerlukan pekerja asing boleh membuat permohonan secara terus atau melalui ejen dengan jaminan kelulusan diberikan dalam tempoh kurang tiga hari.

Bagaimanapun, beliau berkata, kelulusan itu diberikan secara bersyarat iaitu akan ada proses naziran dan inspektoran dengan tindakan pemantauan dan pemeriksaan daripada agensi kawal selia berkaitan.

Perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut bersetuju menerusi pelan khas berkenaan, siri lawatan kerja delegasi Malaysia akan dilaksanakan ke negara-negara sumber terpilih bertujuan membincangkan perihal keselamatan dan kebajikan pekerja asing di Malaysia.


Katanya, lawatan tersebut juga akan membawa hasrat bagi memastikan objektif Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dapat dicapai dengan Menteri Dalam Negeri akan mengetuai delegasi Malaysia ke negara-negara sumber tersebut bersama Kementerian Sumber Manusia serta wakil-wakil agensi kawal selia.

“Satu deligasi untuk pergi ke negara sumber utama bagi membincangkan dan untuk kita maklumkan tentang anjakan polisis ini kepada negara itu supaya mereka faham bahawa kita berhasrat memudahkan dan mohon mereka ikut berdasarkan sistem dan polisi negara mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan.

Saifuddin berkata, maklumat terperinci berhubung pelan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat untuk memandu pihak berkepentingan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori