Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Menteri Malaysia Sudah Jumpa...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemplak sikap ikon demokrasi Myanmar, San Suu...

Lebih 100 Sukarelawan Bantu...

MAKKAH - Tabung Haji melantik 120 sukarelawan untuk menjadi Sahabat Tabung Haji bagi...

PH Gagal Kerana Kegagalan...

KUALA LUMPUR - Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang sebahagiannya berpunca daripada kegagalan...

Kerajaan Pertimbang Kembalikan Dana...

Kerajaan Pertimbang Kembalikan Dana Iklan Kepada MediaIPOH: Kerajaan mempertimbangkan untuk mengembalikan serba sedikit...

Majlis Presiden PH Bincang Isu PRN, Kerjasama BN Pada Sabtu Ini

PH akan membincangkan secara terperinci persiapan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) serta kerjasama mereka dengan BN dalam mesyuarat pemimpin tertinggi pada 7 Jan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata ia merupakan mesyuarat pertama majlis presiden parti berkenaan pada tahun ini, dan akan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor.

Katanya dia percaya isu kerjasama di antara PH dan BN akan turut menjadi agenda dalam mesyuarat tersebut.

“Saya percaya perkara isu kerjasama dengan gabungan BN pada PRN akan datang bakal dibincangkan.

“Perkara lain yang akan dibincangkan ialah post mortem (pascanilai) PRU ke-15, dan hal-hal lain berkaitan gabungan PH,” katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat PH di peringkat pusat sebelum Tahun Baru Cina bagi persediaan menghadapi PRN.


Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada PRU ke-15 lalu, Anwar yang merupakan pengerusi PH dilantik sebagai perdana menteri selepas menubuhkan kerajaan perpaduan bersama BN, GPS dan GRS.

Perikatan Nasional (PN) pula mengambil keputusan tidak berada dalam kerajaan perpaduan diramal akan menjadi pencabar gabungan PH-BN pada PRN akan datang.

PH mengetuai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan diterajui oleh kerajaan PN.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori