Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tampar Kanak-Kanak Dua Tahun,...

Kuala Lumpur : Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini...

Ismail Sabri Dilantik Timbalan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan...

Jenazah Pelajar Malaysia Nor...

PASIR PUTEH - Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam...

Senarai Penerima PSP Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dijangka mengeluarkan...

Media China Berusaha Yakinkan Orang Ramai Mengenai COVID-19

WUHAN: Ribuan warga China berhimpun di jalanan untuk meraikan Tahun Baharu ketika pihak berkuasa dan media kerajaan berusaha untuk meyakinkan orang ramai bahawa wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara adalah terkawal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kebanyakan penganjuran pesta Tahun Baharu 2023 tidak terjejas walaupun masih ramai penduduk di bandar bertindak mengasingkan diri susulan lonjakan penularan COVID-19 di negara itu.

Di Wuhan, iaitu bandar pertama di mana COVID-19 dikesan pada akhir 2019,

tiada lagi kebimbangan khususnya buat golongan muda yang sihat, terhadap kelonggaran sekatan sifar COVID-19.

Tindakan China melakukan pusingan U terhadap kawalan COVID-19 di negara itu selain pertikaian mengenai ketepatan data kes dan kematiannya mendapat perhatian pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Lonjakan kes di China menimbulkan kebimbangan baharu mengenai tahap perkembangan ekonominya, malah Presiden Xi Jinping, dalam ucapan Tahun Baharu, turut menggesa rakyatnya meningkatkan usaha dan perpaduan ketika memasuki fasa baharu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China hari ini hanya melaporkan satu kematian baharu COVID-19 yang berlaku semalam, sama seperti hari sebelumnya.

Jumlah kematian rasmi terkumpul di China kini berjumlah 5,249 kes, jauh lebih rendah berbanding negara besar lain.

Kerajaan China bagaimanapun menolak dakwaan bahawa negara itu sengaja tidak melaporkan jumlah kematian sebenar.


Sementara itu, tinjauan di tanah perkuburan Hankou di pinggir Wuhan mendapati sekumpulan individu sedang bersedih ketika van mayat dilihat tiba.

Kakitangan di pintu masuk tapak itu dikawal ketat dan enggan menjawab soalan ketika ditanya berhubung beban kerja mereka baru-baru ini.

Namun, beberapa tapak pengebumian di bandar lain di China termasuk Chengdu dan Beijing, mengakui mereka lebih sibuk sejak China secara tiba-tiba menghentikan sekatan COVID-19 bulan lalu.

CDC China melaporkan 5,138 kes rasmi semalam, tetapi pakar menjangkakan jumlah sebenar jangkitan adalah jauh lebih tinggi susulan ujian secara besar-besaran dihentikan.

Media kerajaan di bandar Guangzhou di bahagian tenggara China hari ini menyatakan kes harian melonjak sekitar 60,000 kes baru-baru ini, namun kini menurun kepada sekitar 19,000 kes.

Pihak berkuasa cuba meyakinkan orang ramai bahawa keadaan terkawal dan agensi berita negara, Xinhua, turut menerbitkan editorial hari ini melaporkan bahawa strategi semasa kerajaan adalah pendekatan terancang berasaskan sains yang mencerminkan sifat virus yang berubah.

Xinhua berkata, pengeluaran ubat dipercepatkan bulan lalu, membabitkan ubat penahan sakit ibuprofen dan paracetamol, yang kini meningkat kepada 190 juta pil sehari, lima kali lebih tinggi berbanding awal Disember.

Katanya, pengeluaran kit ujian antigen juga meningkat hampir dua kali ganda kepada 110 juta kit sehari dalam tempoh sebulan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori