Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tersangkut Atas Pokok...

GOPENG - Seorang lelaki tidak dapat turun dari pokok setinggi 10 meter akibat...

5 Mitos Tentang Pertolongan...

MENDAPATKAN pertolongan cemas selepas sesuatu kecederaan adalah sangat penting bagi memastikan keadaan tidak...

Pakatan ‘Sending A Clown’...

SEMUA orang sepatutnya sudah kenal tabiat Rafizi.Dia membunuh karakter seseorang selamba sahaja dan apabila...

Sepupu Ratu Elizabeth II...

SEPUPU Ratu Elizabeth II tampil membuat pengakuan bahawa dirinya seorang pengamal seks sejenis,...

MITA Gesa Kerajaan Umum SOP Kemasukan Pelancong China

SERDANG : Majlis Pelancongan Malaysia menggesa kerajaan untuk mempercepatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi kemasukan pelancong dari China bermula 8 Januari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis, berkata langkah berkenaan perlu dilakukan tiga hari sebelum iaitu pada 5 Januari ini (Khamis) supaya semua pemain industri termasuk pengurusan di lapangan terbang dan petugas barisan hadapan dapat memahami SOP berkenaan.

“Penetapan SOP yang jelas dan terang mengenai perkara berkenaan perlu diumumkan segera supaya pihak yang berkaitan dapat bersedia dengan lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Penerangan SOP berkenaan adalah penting supaya ianya tidak terlaksana dengan keadaan yang tidak gusar atau was-was apabila mempraktikkannya,” katanya pada sidang media ketika menghadiri majlis pengenalan Mahira Aviation di The Mines Resort dan Golf Club, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga disaran supaya memperketatkan SOP bagi menghadapi kemasukan pelancong dari China.


“Langkah berkenaan adalah lebih bersesuaian berbanding mengenakan sekatan kemasukan terhadap pelancong dari negara itu.

“China adalah pasaran pelancongan penting dan sebarang sekatan akan memberi impak kepada negara,” katanya.

Terdahulu, China akan memansuhkan syarat kuarantin wajib bagi ketibaan luar negara mulai 8 Januari selepas hampir tiga tahun kerajaan negara itu mengenakan sekatan ketat sempadan bagi membendung COVID-19.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori