Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Salib Diserah Kepada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku...

Ibu Terdesak Curi Kerana...

PETALING JAYA - Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang wanita yang...

KL2017: Suar Antara Barang...

KUALA LUMPUR - Polis akan memperketatkan kawalan di venue Sukan SEA bagi memastikan...

Tubuh Parti Baharu Adalah...

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyifatkan bekas pemimpin kanan parti...

Pakistan Serah Senarai Fasiliti Nuklear Kepada India

ISLAMABAD: Pakistan mengesahkan sudah menyerahkan senarai infrastruktur dan fasiliti nuklear di negara itu kepada Suruhanjaya Tinggi India di Islamabad, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut kenyataan dari pejabat luar negara Pakistan, amalan itu termaktub dalam perjanjian yang sudah dibuat sejak beberapa dekad lalu antara kedua-dua negara.

“Senarai infrastruktur dan fasiliti nuklear di Pakistan diserahkan secara rasmi kepada wakil Suruhanjaya Tinggi India di Islamabad di Kementerian Luar Negeri hari ini,” katanya.

Kedua-dua negara jiran itu dilaporkan terbabit dalam peperangan sebanyak tiga kali selain pertempuran tentera sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, peluru berpandu India yang secara tidak sengaja mendarat di Pakistan tahun lalu, mengejutkan ramai pihak di seluruh dunia.

Pada masa sama, kenyataan itu menyebut, di bawah perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 1988, senarainya bagaimanapun ditukar setiap tahun pada 1 Januari.


Katanya, India turut menyerahkan senarai sama kepada misi Pakistan di New Delhi.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar India, sehingga kini belum memberikan sebarang komen.

Amalan pertukaran senarai antara kedua-dua negara itu diteruskan sejak 1 Januari 1992.

Baru-baru ini, Pakistan dengan bantuan China, meningkatkan penggunaan tenaga nuklearnya untuk memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat.

Pakistan pertama kali menguji senjata nuklear secara rasmi pada tahun 1998 dan sejak itu berjaya membangunkan simpanan peluru berpandu berkeupayaan nuklear yang besar, sama seperti India.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori