Thursday, November 7, 2024

Creating liberating content

KM Sarawak Akan Terus...

BAU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri akan...

Kerajaan Johor Peruntuk RM1.44j...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memperuntukkan RM1.44 juta bagi menyediakan kursus perkahwinan percuma...

Skuad PPBN Bawah-15 Uji...

KUALA LUMPUR - Skuad Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bawah 15 tahun...

Syarikat Penerbangan Bimbang Kesan...

NEW YORK - Sejumlah syarikat penerbangan menyuarakan kebimbangan bahawa virus Zika yang merebak...

PAS Sedia Agih Kerusi PRN Kepada BERSATU

KUALA TERENGGANU: PAS bersedia mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ketika ini, perbincangan pengagihan kerusi secara tidak rasmi sedang diadakan dengan pimpinan BERSATU.

“Berdasarkan pengalaman ketika perbincangan pengagihan kerusi dengan pimpinan PAS dan Perikatan Nasional (PN) ketika menghadapi PRU15 lalu, kita tidak menghadapi sebarang kesukaran dan mampu menyelesaikan walaupun parti itu hanya diberi satu kerusi Parlimen untuk bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Teknologi dan The Future Of Growth 2.0, di sini, hari ini.

Pada PRU lalu, BERSATU hanya diberi kerusi untuk bertanding di Parlimen Hulu Terengganu.


Pada pertandingan itu, Datuk Rosol Wahid, yang juga penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu berjaya mempertahankan kerusi dengan memperolehi 42,910 undi, menewaskan pencabarnya, Datuk Rozi Mamat daripada Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 15,734 undi.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, jumlah kerusi dan DUN yang akan diserahkan kepada BERSATU belum dimuktamadkan.

Pada masa sama, katanya, agihan kerusi kepada Gerakan, komponen PN juga masih dalam perbincangan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori