Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wajibkan Pemilik Hotel, Restoran...

KUALA LUMPUR - Pemilik hotel dan restoran hendaklah diwajib mendapatkan notis pengesahan daripada...

Agong Terima Mengadap Dua...

Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap...

Kes Zahid Ditangguh, Beri...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr....

“Lelaki Loser Jer Sibuk...

RAKAMAN video 'belanja' pelakon Izara Aishah yang tampil terlampau seksi hingga menampakkan sebahagian tubuhnya,...

Pegawai Kesihatan Persekitaran Dipenjara Sehari, Denda RM10,000

BUTTERWORTH – Seorang pegawai kesihatan persekitaran dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini selepas mengaku salah menerima wang suapan pada 2016.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Sumardi Yazid, 41, membuat pengakuan itu atas pertuduhan pilihan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, Sumardi yang ketika itu bertugas sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) didakwa menerima wang tunai RM5,200 dengan membuat syor memilih syarikat yang dimiliki adiknya bagi melaksanakan kerja membekal peralatan bekalan am.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Mac 2016 di Pejabat Kesihatan SPT Berapit, Bukit Mertajam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam, Ang Chun Pun merayu agar hukuman ringan diberikan berikutan anak guamnya yang digantung tugas selain perlu menyara isteri, seorang anak berusia 14 tahun dan ibu mertua yang diserang strok.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan mesej kepada orang ramai, termasuk penjawat awam bahawa perbuatan menerima rasuah adalah kesalahan serius.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000, jika gagal bayar boleh dipenjara selama lima bulan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori