Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bulu Ketiak Punya Pasal,...

SEORANG mahasiswi dari Belgium mempunyai cara 'unik' tersendiri untuk mempamerkan kecantikan tubuh badannya...

Kit Ujian Kendiri Covid-19...

PUTRAJAYA – Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Sendiri) kini diwartakan sebagai barang...

VIDEO: Wekk! Ulat Terkodek-Kodek...

Kisah makanan dihidangkan kepada pelanggan dalam keadaan sudah berulat memang bukan cerita baru.Apa...

PM Israel Bertemu Putin...

MOSCOW – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir...

‘Pemberian Itu Satu Sedekah’ – Abdul Hadi

KUALA PILAH: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon PAS.


Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dilaporkan berkata petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu, atas alasan parti lawan merasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen berkenaan sepanjang tempoh kempen PRU15.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, PAS menabur wang antara 15 hingga 17 November lalu iaitu dua hingga empat hari sebelum PRU15, dengan kebanyakan isi rumah menerima wang antara RM500 hingga RM1,000.

Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan tindakan UMNO Terengganu itu sebagai suatu gerak saraf.

“Itu satu gerak saraf,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori