Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rosman Razak Kembali Berkhidmat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil semula khidmat jurulatih Rosman Razak...

3 Rentung Dalam Nahas...

TRIANG - Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta maut selepas terbabit kemalangan dengan...

Pembantu Mourinho Calon Pengurus...

PEMBANTU pengurus Manchester United, Jose Mourinho, Rui Faria dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan...

Budak Bawa Motor Maut...

KLUANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari motosikal...

Pensyarah Wanita Rugi RM1.3 Juta Ditipu ‘Inspektor Ku’

JOHOR BAHRU: Seorang pensyarah wanita di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerugian RM1.3 juta akibat terpedaya dengan ‘Inspektor Ku’ kerana dikatakan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa berusia 41 tahun itu diperdaya dengan ‘pegawai polis’ terbabit yang menawarkan diri untuk membantu mangsa dengan mengarahkannya membuka akaun bank baharu bagi menyelesaikan kes tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita itu tampil membuat laporan polis semalam selepas menyemak akaun banknya pada awal bulan ini dan mendapati semua wang dari akaun tersebut sudah dipindahkan.

“Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan diri daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mendakwa mangsa terlibat dalam pemalsuan laporan Covid-19 di Sabah.

“Setelah mangsa menafikan dakwaan itu, panggilan telefon terus disambungkan kepada individu yang kononnya adalah pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bernama ‘Inspektor Ku’.

“Inspektor Ku kemudiannya memberitahu dia terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa turut diarahkan untuk menyerahkan kata laluan perbankan dalam talian akaun tersebut selain mendaftarkan nombor telefon yang diberikan lelaki tersebut.

Beliau berkata, setelah membuka akaun bank baharu itu, mangsa telah mengikut arahan Inspektor Ku untuk memindahkan semua wang ke dalam akaun tersebut kononnya untuk simpanan sementara sehingga kes selesai.

“Antara 17 Oktober hingga 25 November tahun lalu, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM1.3 juta ke akaun baharu itu.


“Mangsa sedar ditipu apabila wang dalam akaun miliknya terdapat transaksi pemindahan ke beberapa akaun lain yang tidak dikenali sebelum membuat laporan polis,” jelasnya.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, terdapat satu lagi kes penipuan dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang kerugian lebih RM85,000 setelah terjerat sindiket jualan terus dalam talian di daerah ini baru-baru ini.

“Mangsa ditipu oleh syarikat berkenaan yang menjanjikan keuntungan mudah berdasarkan pelaburan yang dilakukan. Mangsa pada awalnya melabur sebanyak RM800 dan mendapat pulangan sebanyak RM2,100.

“Terpesona dengan keuntungan mudah itu, mangsa seterusnya melabur sebanyak RM85,000. Namun, pulangan yang diharapkan tidak muncul dan menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan yang mendakwa terlibat dalam aktiviti jenayah.

“Walaupun sudah banyak kali diingatkan, namun masih ada yang tertipu dengan sindiket ini. Tidak ada panggilan telefon yang boleh disambungkan dari satu agensi ke agensi lain, dari situ kita boleh tahu itu adalah penipuan.

“Polis tidak akan berpeluk tubuh dan kita menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi Whoscall yang membolehkan kita mengesan panggilan daripada ‘scammer’,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori