Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Padah Tunjuk Anu Depan...

SEORANG duda anak dua berusia 49 tahun didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, Selangor...

Nenek 102 Tahun Lakukan...

LANGHORNE CREEK, Australia - Seorang wanita warga emas berumur 102 tahun melompat keluar...

Fokus Kepada Rakyat, Kelangsungan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak memfokuskan untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan...

Staf RHB Diberi Gaji...

APA yang berlaku kepada gaji pekerja RHB Bank pada bulan ini pasti membuatkan...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah dan mendakwa mengalami penyakit mental.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Zhao Chunli berkata, dia dibuli selama bertahun-tahun dan terlalu banyak bekerja, tetapi aduannya tidak pernah ditangani, lapor Janelle Wang dari NBC Bay Area.

Janelle melawat suspek di penjara dan dapat bercakap dengannya selama kira-kira 15 minit dalam bahasa Mandarin.

Dia memberitahu penonton dan memperkenalkan dirinya sebagai wartawan lalu memberitahu Chunli memilih untuk bercakap dengannya.

“Dia (Chunli) menerangkan kepada saya bahawa dia percaya bahawa dia mengalami sejenis penyakit mental.

“Dia bergelut dengan itu untuk seketika dan dia berkata pada Isnin lalu, dia tidak waras.”,” katanya.

Chunli, 66, ditahan beberapa jam selepas tujuh orang ditembak mati di ladang tempat mereka bekerja di Half Moon Bay, selatan San Francisco.

Lima dikenal pasti sebagai warga China dan dua lagi sebagai warga Mexico.

Seorang lelaki Mexico yang terselamat daripada serangan itu sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut Janelle, Chunli mengakui bahawa dia melakukannya dan menyesal.


“Dia mempunyai banyak kebimbangan iaitu waktu kerja yang panjang dan perkara itu tidak dapat ditangani.

Pegawai polis California memulakan siasatan mengenai keadaan kerja di kedua-dua ladang itu selepas serangan itu.

Gabenor, Gavin Newsom pada Selasa lalu berkata, beberapa pekerja ladang tinggal dalam kontena perkapalan dan bekerja jauh lebih rendah daripada gaji minimum.

Chunli memberitahu Janelle bahawa dia tinggal di Half Moon Bay bersama isterinya dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 40 tahun yang tinggal di China.

Dia berada di AS kira-kira 11 tahun dan mempunyai kad hijau iaitu permit yang membenarkan warga asing tinggal dan bekerja di negara itu.

Janelle berkata, suspek yang boleh berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan kelihatan keliru tentang proses itu dan tidak mempunyai sesiapa di penjara yang boleh bercakap dalam bahasa Mandarin.

“Saya tidak tahu sama ada dia benar-benar memahami apa yang ada di hadapannya dan apa yang dia hadapi,” kata wartawan itu.

Chunli membuat penampilan ringkas di mahkamah di Redwood City pada Rabu lalu.

Dia tidak membuat pengakuan, dan perbicaraan ditetapkan pada 16 Februari ini.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori