PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang bakal menyambut perayaan tersebut, esok.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut beliau, pelbagai perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia untuk menyelam setiap budaya kumpulan masyarakat yang ada.
Oleh kerana itu, jelasnya, ia juga yang membantu dalam membawa perpaduan antara masyarakat di dalam negara yang terdiri dengan pelbagai kaum.
“Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.
“Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Dalam hantaran sama, Anwar turut memuat naik sebuah klip video yang memaparkan seekor arnab putih berdurasi 1.45 minit.
Melalui klip tersebut, ia mengisahkan arnab bernama Miki yang giat berusaha untuk mencapai harapan.
Anwar berkata, sebagai sebuah negara yang sudah merdeka sejak 31 Ogos 1957, perlunya untuk sentiasa menjaga hubungan antara kaum demi negara.
“Sebagai satu negara merdeka, sudah matang dan dewasa. Wajar kita perkasakan semua rakyat, kaum di negara Malaysia tercinta.
“Untuk kesempatan ini marilah kita sama-sama merayakan hari kebesaran masyarakat Cina,” katanya di dalam klip video tersebut.
-Utusan Online