Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Fazura Failkan Perceraian Terhadap...

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin...

Lebih 6 Ribu Mangsa...

Bencana alam di negeri Cik Siti Wan Kembang terus mencatatkan pertambahan jumlah mangsa...

Pemodenan, Pertanian Pintar Pemacu...

KUALA LUMPUR - Strategi pemodenan dan pertanian pintar merupakan pemacu perubahan utama dalam...

Bah Mulai Surut Di...

KOTA BHARU : Situasi banjir gelombang kedua yang melanda tiga jajahan di negeri...

Puncak Menara Merdeka 118 Diceroboh Lagi

Kuala Lumpur : Jika sebelum ini pasangan kekasih dari Rusia memuat naik video mereka memanjat puncak bangunan kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118, di sini dan menggemparkan Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terbaharu, seorang bekas anggota tentera Amerika Syarikat, Isaac Wright pula memuat naik video memanjat menara berkenaan menerusi akaun YouTube miliknya ‘Driftershoots’.

Dalam video berdurasi tujuh minit 19 saat yang didakwa dimuat naik pada 30 Disember lalu itu mempamerkan dia dan rakannya menjejakkan kaki ke puncak menara Merdeka 118.

Isaac memaklumkan dia dan tiga rakannya datang ke Kuala Lumpur untuk memanjat dan mengambil gambar Merdeka 118 yang setinggi 679 meter.

“Perjalanan itu panjang, sukar dan penuh cabaran. Perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan adalah hadiah untuk mengakhiri tahun (2022).

“Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan. Saya tidak menggalakkan sesiapa untuk meniru aksi yang ditunjukkan dalam video ini,” katanya.

Dia turut menjelaskan bahawa perjalanan ke ibu kota ini menjadi perjalanan antarabangsa pertama mereka.


Menerusi video itu, dia dan rakannya dilihat memakai jaket pembinaan dan topi keledar dipercayai menyamar sebagai pekerja bagi menyelinap masuk ke Merdeka 118.

Mereka juga dilihat membuka penghadang yang menghalang daripada memasuki tangga bangunan dan memanjat menara berkenaan.

Terdahulu, pihak polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa video berkenaan yang dipercayai dirakam pada Mei 2021 ditular semula, baru-baru ini.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan dari Rusia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau memuat naik rakaman dari puncak berkenaan di laman sesawang SkyscraperCity.com.

Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara itu untuk naik ke puncak.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori