Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

ESSCom Hargai Peranan RT...

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menghargai sumbangan dan peranan...

PPR Antara Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan...

Adakah Pencarum KWSP Patut...

PETALING JAYA - Seorang perancang kewangan mempersoalkan bayaran yang dikenakan dan risiko dihadapi...

Budak 12 Tahun Lahir...

BUDAK perempuan yang melahirkan seorang bayi pada usia 12 tahun dihamilkan oleh abang...

Rakyat China Ambil Risiko Beli Ubat COVID-19 Dalam Pasaran Gelap

BEIJING: Keluarga yang terdesak untuk mencari rawatan COVID-19 yang kritikal memilih untuk mendapatkannya di pasaran atas talian, yang dibelenggu penipuan, selepas jumlah kes jangkitan melonjak dan ketiadaan ubat di farmasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beijing pada bulan lalu, secara tiba-tiba menamatkan dasar pembendungan sifar COVID-19 dan menarik semula sekatan meluas yang mencetuskan protes di seluruh negara dan menjejaskan ekonomi, mengakibatkan peningkatan jangkitan.

Gelombang COVID-19 ketika ini menyaksikan kedai ubat tidak mempunyai bekalan, ketika orang ramai melakukan rawatan selsema dan demam.

Ramai yang terpaksa beralih kepada penjual dalam talian yang tidak dapat dipastikan, dengan sedikit jaminan untuk mendapatkan produk seperti apa yang dibayar.

Rakyat China sejak sekian lama dibelenggu skandal membabitkan ubat tercemar, ujian klinikal yang direka dan peraturan yang longgar dalam industri perubatan, yang mendorong ramai berasa ragu-ragu terhadap produk farmaseutikal keluaran tempatan.

Berikutan terdesak mendapatkan rawatan bagi ahli keluarganya yang sakit, Qiu, 22, memberitahu AFP, beliau membelanjakan ribuan wangnya untuk mendapatkan ubat COVID-19 yang tidak pernah sampai, selepas menghubungi seseorang dalam talian yang mendakwa mewakili Ghitai Pharmaceutical yang berpangkalan di Hong Kong.

Individu itu mendakwa, mereka mempunyai akses kepada stok Paxlovid, rawatan COVID-19 yang dibangunkan gergasi ubat Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan diluluskan Beijing dan boleh menghantarnya dari bandar separa autonomi itu ke tanah besar China.


Selepas dibawa ke laman web “rasmi”, Qiu kemudian mengeluarkan 12,000 yuan (RM7,680) untuk enam kotak Paxlovid, berdasarkan rekod pembayaran yang dilihat AFP.

Pil berkenaan, bagaimanapun tidak sampai dan dan wakil jualan itu memutuskan hubungan dengannya, meninggalkannya beliau dalam keadaan “sakit, tidak berdaya dan sangat marah.”

“Ia adalah perbuatan yang menjijikkan. Setiap detik penting apabila anda cuba menyelamatkan nyawa seseorang,” katanya.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, Ghitai berkata, ia tahu mengenai versi palsu laman webnya yang mendakwa menyediakan ubat COVID-19 dan sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

“Ghitai tidak pernah menawarkan ubat untuk COVID-19 dan meminta pengguna berhati-hati bagi mengelakkan penipuan serta kerugian wang,” katanya.

Pihak berkuasa di China, berkata mereka sudah mula menghantar Paxlovid ke beberapa hospital dan klinik komuniti, namun ubat itu masih amat sukar diperoleh.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori