Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KBS Arah Selangor Segera...

KUALA LUMPUR – Kemelut kedegilan kerajaan Selangor mempertahankan slogan kontroversi #KitaLawan untuk kontinjen...

Kira-Kira 500 Warga Kerja...

KOTA KINABALU - Kira-kira 500 warga kerja Yayasan Sabah melafaz dan menandatangani Ikrar...

Seram! Budak Menangis Lihat...

SIAPA yang tidak terkejut apabila melihat buaian bergerak sendiri. Itu yang terjadi kepada...

Kesian… Labi-Labi ‘Obesiti’ Tersangkut...

MAK aiii... besarnya! Itu yang terpacul pada mulut sebaik sahaja melihat labi-labi gergasi...

Remaja Gagal Perdaya Pegawai JPJ

KOTA BHARU – Taktik seorang remaja cuba memperdaya pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengelak daripada disaman semasa Ops Khas Ambang Tahun Baharu 2023 gagal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 itu dikesan melakukan beberapa kesalahan termasuk mengubah suai kenderaan dan tidak mempunyai lesen memandu.

Remaja berkenaan ketika ditemui semasa operasi dijalankan JPJ Kelantan pada Sabtu itu tidak menyangka Jalan Pasir Hor di sini menjadi lokasi operasi.

“Saya sudah melalui jalan ini dan tiba- tiba ada operasi. Jadi saya singgah di sebuah rumah berdekatan dan terpaksa memberi alasan kepada anggota JPJ bahawa itu rumah bapa saudara.

“Bagaimanapun, taktik itu gagal dan saya tetap dipanggil dan diperiksa sebelum diberi notis saman,” katanya.

Menurut remaja yang tinggal di Kubang Kerian itu, sebelum ini ada rakan mengajaknya meraikan ambang tahun baharu di Terengganu tetapi dia menolak kerana mahu bersiar-siar di sekitar bandar Kota Bharu.

“Banyak pula modal keluar (kos untuk bayar saman) selepas melalui jalan ini,” katanya.


Dalam operasi sama, seorang wanita warga Thailand berusia 32 tahun turut dikenakan saman selepas memandu motosikal rakannya untuk keluar makan di kawasan berhampiran.

Motosikal vespa yang bernombor plat Thailand itu turut disita kerana wanita itu gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan.

“Saya datang pagi semalam dari Narathiwat bersama seorang lagi kawan berusia 46 tahun dan bermalam di rumah kawan di sini.

“Kami tidak menyangka hanya keluar makan sekejap sahaja, tiba-tiba disaman anggota keselamatan dan motosikal disita,” katanya.

Remaja dan wanita itu antara 420 pengguna jalan raya yang diperiksa melalui Ops Khas Ambang Tahun Baharu 2023 JPJ Kelantan yang diketuai Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah.

Operasi enam jam bermula 8 malam itu memeriksa 420 kenderaan melibatkan 323 notis saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori