Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Empat Pendaki Maut Cuba...

LIMA - Tiga pendaki gunung dari Sepanyol dan jurupandu tempatan terbunuh ketika mendaki...

Majlis Bandaraya Miri PBT...

MIRI - Majlis Bandaraya Miri (MBM) mencipta sejarah hari ini apabila menjadi pihak...

APMM Tahan Bot Seludup...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM ) Daerah Maritim 2 Pulau...

La Liga: Zinedine Zidane...

MADRID - Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dijadual bertembung buat kali pertama dengan...

Remaja Maut Tertembak Kepala Sendiri Dalam Permainan Uji Nasib

BANGKOK – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui mati di sebuah rumah terbiar di daerah Nong Chok, Bangkok baru-baru ini selepas bermain permainan rolet Russia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian itu, dua rakan remaja lelaki tersebut berkata, mereka bermain permainan menguji nasib iaitu rolet Russia sebelum mangsa menembak dirinya sendiri.

Anggota-anggota pihak berkuasa dari Balai Polis Lam Hin dan pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kejadian tembakan itu sebelum bergegas ke rumah terbiar yang terletak di Jalan Khlong Sip-Khlong Sipsi.

Mayat seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang identitinya dirahsiakan kemudian ditemui di dalam rumah tersebut dengan kesan tembakan di kepala manakala sepucuk pistol Revolver dikesan berada berhampiran badannya.


Dua remaja lelaki yang ketakutan menunggu ketibaan anggota-anggota polis dan jabatan berkaitan di tempat kejadian dan mengaku bahawa mereka bermain rolet Russia.

Menurut dua remaja itu, mereka bergilir-gilir mengacukan pistol ke arah kepala dan menarik picu sehingga tiba giliran mangsa, di mana dia mengacukan pistol ke kepala lalu menembak dirinya sendiri.

Mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik, Bangkok untuk bedah siasat manakala kedua-dua remaja itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori