Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Anwar: Kabinet Lebih Kecil,...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikrar kabinetnya akan lebih kecil berbanding kabinet yang diketuai...

Shahir Dah Hantar Rombongan...

GOSIP terdapat hubungan istimewa antara Erra Fazira dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Shahir...

Gelandangan Tangkap Tikus Sebagai...

KUALA LUMPUR - Seorang senator hari ini mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Pemilihan Jamilah Tepat, Mudah...

KUCHING - Pemilihan Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi...

Ribut Petir Di Sabah, Sarawak Malam Ini

PETALING JAYA– Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh kawasan di Labuan dan kawasan di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) akan berdepan dengan cuaca buruk ini.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di lima negeri sehingga esok dan 30 Januari depan.


Ujarnya, hujan lebat berterusan kategori bahaya dikeluarkan di beberapa kawasan sekitar negeri Johor dan Sabah.

“Amaran hujan berterusan kategori buruk dikeluarkan di beberapa daerah di Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori