Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Bayi Ditemui Dalam...

SATU mayat bayi perempuan ditemui di dalam sebuah hostel kolej swasta di Seremban,...

Saman Fitnah Tony Pua...

KUALA LUMPUR - Saman fitnah yang difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony...

Sebenarnya.MY Catat Rekod Lebih...

SEJAK dilancarkan pada Mac tahun lalu, portal Sebenarnya.MY dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

Keluarga Mangsa Tragedi Double...

KOTA KINABALU : Keluarga mangsa pesawat terhempas dalam Tragedi Double Six yang berlaku...

Russia-Belarus Mulakan Latihan Ketenteraan Bersama

DNIPRO: Rusia dan Belarus memulakan latihan ketenteraan bersama hari ini, yang mencetuskan kebimbangan di Kyiv bahawa Moscow menggunakan sekutunya bagi melancarkan serangan darat baharu di Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Russia sebelum ini menggunakan jirannya Belarus sebagai batu loncatan untuk pencerobohan Ukraine pada Februari lalu.

Kedua-dua sekutu itu akan menjalankan latihan tentera udara bermula hari ini sehingga 1 Februari menggunakan semua lapangan terbang tentera Belarus.

Kedua-dua pihak juga memulakan latihan tentera bersama membabitkan ‘pembahagian briged berjentera’ hari ini, kata Kementerian Pertahanan Belarus.

Minsk berkata latihan udara itu adalah berdasarkan strategi pertahanan dan bukannya persediaan memasuki medan perang.

“Kami mengekalkan kekangan dan kesabaran, memastikan sentiasa berjaga-jaga dan berhati hati,” kata Pavel Muraveyko, Timbalan Pertama Setiausaha Negara bagi Majlis Keselamatan Belarusia, menerusi aplikasi Telegram Kementerian Pertahanan Belarusi kelmarin.

Muraveyko berkata, keadaan di sempadan selatan negara itu dengan Ukraine adalah ‘tidak begitu tenang’ dan Ukraine ‘melakukan provokasi’ terhadap Belarus.

“Kami bersedia untuk sebarang tindakan provokasi di pihak Ukraine,” katanya.


Moscow menafikan bahawa pihaknya menekan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam konflik di Ukraine.

Ukraine secara berterusan memberi amaran mengenai kemungkinan serangan dari Belarus dan Presidennya, Volodymyr Zelenskiy, berkata pada minggu lalu bahawa negara itu perlu bersedia di sempadannya dengan Belarus.

Telegram tidak rasmi bagi saluran pemantauan ketenteraan melaporkan beberapa pesawat pejuang, helikopter dan pesawat pengangkutan tentera tiba di Belarus sejak awal tahun termasuk lapan jet pejuang dan empat pesawat kargo kelmarin.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan, manakala Kementerian Pertahanan Belarusia hanya berkata bahawa ‘unit’ tentera udara Russia sudah tiba di Belarus.

Laporan pagi Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine hari ini memperincikan satu lagi gelombang lebih daripada 55 serangan peluru berpandu dan roket Russia dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ia berkata 25 penempatan di kawasan Bakhmut, termasuk bandar Soledar dan Bakhmut sendiri, diserang dari pelbagai sasaran, termasuk infrastruktur awam di wilayah Zaporizhzhia, Dnipropetrovsk dan Kherson.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori