Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hanya Tiga Jenazah Tiba...

IPOH - Setakat ini hanya tiga jenazah rakyat negeri Perak yang dijangka tiba...

Dikehendaki Kemuka Kenyataan Bela...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

Annuar Nafi Laporan Astro...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa beliau tidak...

Anjing Gigit Wanita Di...

KUCHING – Seorang anjing peliharaan yang telah menggigit seorang wanita di Ladang Masranti,...

Saman Fitnah Anwar: Muhyiddin Fail Pernyataan Pembelaan 17 Jan

Muhyiddin Yassin telah memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 17 Jan lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Peguam S.N. Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini, mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan pada 16 Feb ini.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 23 Feb secara dalam talian di hadapan penolong pendaftar yang sama,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.


Anwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Chetan Lachman Jethwani mewakili Muhyiddin sebagai defendan.

Dalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa pada 5 Dis lepas, Muhyiddin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah membuat kenyataan fitnah itu dalam satu ucapan semasa ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN, Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung telah menghadiri ceramah tersebut.

Sehubungan itu, Anwar menuntut Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori