Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

F1 Sepang: Rosberg Kuasai...

SEPANG - Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg menguasai sesi ujian pertama Grand...

Mavcom Patut Dikekalkan –...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan...

Latihan Tembakan Torpedo Kapal...

KUALA LUMPUR - Sebuah torpedo Black Shark yang dilancarkan dari Kapal Selam KD...

Muhyiddin Diselar, Sokong Deklarasi...

LARUT (Taiping) - UMNO perlu segera mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin...

”Sedekah’ Sehingga RM600 Ditawar Kepada Pengundi Terengganu’

KUALA LUMPUR : Pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai sedekah didakwa membabitkan wang tunai antara RM300 hingga RM600.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, mendakwa dalam tempoh PRU15, berlaku pemberian wang luar biasa kepada pengundi di Terengganu.

Katanya, orang ramai juga mula membuat pelbagai andaian susulan ratusan bilion ringgit wang kerajaan yang dikeluarkan sewaktu tempoh pandemik COVID-19 tidak dapat dikesan.

“Yang menghairankan kami adalah terbabitnya PAS yang selama ini mendakwa diri pejuang Islam dikaitkan dengan perbuatan itu secara meluas.

“Video pihak tertentu memberi wang kepada pengundi dengan janji ‘ikrar’ akan mengundi parti tertentu yang tersebar menguatkan lagi tuduhan berkenaan.

“Yang memeranjatkan kami juga adalah kenyataan Presiden PAS yang menyebut, tiada salahnya memberi wang ‘sedekah’ ketika kempen PRU15,” katanya di Twitternya, hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, logik Abdul Hadi mengenai pemberian wang tunai itu adalah tersasar kerana hanya Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menentukan perkara mengenai niat sedekah.

“Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin pula menyatakan salah atau tidak perbuatan pemberian wang itu bergantung atas ‘niat’ yang berkait dengan perbuatan itu, manakala Abdul Hadi menyifatkan pemberian itu ‘sedekah’… takkanlah Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertugas setiap pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan garis masa pemilihan pihak yang bermurah hati untuk bersedekah pada November iaitu pada musim kempen pilihan raya.


“Bukankah waktu rakyat perlu bantuan ‘sedekah’ adalah sebelum buka sekolah dan tahun baharu sekolah buka adalah Mac 2023 dan November 2022.

“Waktu bantuan ‘sedekah’ juga diperlukan selepas banjir melanda Terengganu yang hanya berlaku pada pertengahan Disember dan bukan lebih awal pada awal November apabila ‘sedekah’ di beri secara meluas pada pengundi.

“Kenapakah ‘sedekah’ berlaku di luar musim buka sekolah dan sebelum musim banjir berlaku?” katanya.

Sabtu lalu, Abdul Hadi mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau dilaporkan berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Sebelum itu Barisan Nasional (BN) Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon PAS.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dilaporkan berkata petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu, atas alasan parti lawan merasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen berkenaan sepanjang tempoh kempen PRU15.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, PAS menabur wang antara 15 hingga 17 November lalu iaitu dua hingga empat hari sebelum PRU15, dengan kebanyakan isi rumah menerima wang antara RM500 hingga RM1,000.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori