Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PSM Perlis Saran PBT...

PADANG BESAR - Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan...

107 Belia Luar Bandar...

LUNDU - Seramai 107 belia dari kawasan Sebuyau, Sadong Jaya, Serian, Tebedu, Pedawan,...

CEO, Isteri Bebas Reman...

PUTRAJAYA - Ketua pegawai operasi sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dan...

Penjelasan Hukum Forex Trading

Soalan:Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bolehkah saya minta penjelasan berkenaan hukum Forex Trading?Ikuti Mynewshub: TelegramJawapan:Waalaikumussalam...

Selangor Tak Bubar DUN Sebelum Aidilfitri

Amiruddin Shari hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Nnegeri (DUN) Selangor sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Selangor itu berkata, proses pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

Hal itu kerana, katanya, proses perbincangan bagi pengagihan kerusi di antara BN dan PH di Selangor masih berjalan.

“Kami sedang berbincang (pengagihan kerusi), nanti, insya-Allah dalam masa (terdekat) kami akan putuskan.

“Setakat ini saya boleh bayangkan (pembubaran DUN) tidak dalam terdekat, maknanya selepas raya (Aidifitri)… atau pun sebelum raya ni tidak ada pembubaran (DUN Selangor) di Selangor,” katanya.

Amirudin berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail di Kuantan, hari ini.

Terdahulu, kedua-duanya mempengerusikan mesyuarat dua hala antara kerajaan Pahang dan Selangor di Wisma Sri Pahang bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa memperkukuhkan hubungan antara kedua negeri.

Amirudin – yang juga pengerusi PH Pahang – sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan PRN serentak tahun ini.

Cadangan itu adalah bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di negeri berkenaan tidak terlalu tinggi.

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran PH manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan pula diterajui PAS.


Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, pada 25 Jan lalu berkata, PAS akan mengadakan pertemuan bersama menteri besar dan ketua menteri di tiga negeri diterajui PH untuk membincangkan tarikh PRN.

Ahmad Samsuri berkata, perjumpaan itu akan diadakan minggu depan bersama Amirudin, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sementara itu ketika ditanya mengenai khabar angin Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan bertanding dalam PRN Selangor dan bakal dilantik sebagai menteri besar baru selepas ini, Amirudin berkata perkara itu perlu ditanya sendiri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkenaan.

“Itu kena tanya dialah, jangan tanya saya,” jawabnya ringkas.

Sumber Umno Selangor sebelum ini memberitahu calon BN bagi kerusi parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 itu dijangka dicalonkan di salah satu kerusi DUN dalam kawasan parlimen Kota Raja.

Tengku Zafrul juga dikatakan sudah memindahkan keahlian Umno ke bahagian Kota Raja bulan lalu.

“Bertanding di DUN mana itu keputusan top level,” kata sumber itu.

Pada PRU ke-15, Tengku Zafrul bertanding di Parlimen Kuala Selangor tetapi tewas kepada calon PH, Dzulkefly Ahmad.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori