Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Xavier Kekal Pendirian Keluar...

BANTING - Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar kekal dengan pendiriannya...

NGO Anjur Debat ‘Kit...

KUALA LUMPUR - Satu perdebatan antara Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar...

Semangat Berpasukan Bantu MIFA...

KUALA LUMPUR – Semangat berpasukan dan juang yang tinggi, menjadi faktor utama membantu...

Anak Kanggaru Dibalut Akibat...

CANBERRA - Beberapa foto menunjukkan seekor anak kanggaru dengan tangan, kaki dan ekor...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan bagi membantah pembaharuan yang dirancang kerajaan untuk meningkatkan umur persaraan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kira-kira sejuta dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara hari ini, kata sumber polis kepada AFP.

Kerajaan Perancis dikatakan merancang untuk meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun dan Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne bertegas untuk tidak berunding mengenai langkah itu bersama-sama kesatuan sekerja.

Pada hari ini kira-kira 11,000 polis digerakkan di seluruh negara dengan 4,000 daripadanya ditempatkan di Paris di mana ratusan ribu pelampau berkumpul di jalanan.

Pada 19 Januari lalu, kira-kira 1.1 juta turun ke jalan dalam perhimpunan menentang cadangan rombakan sistem pencen pada 2010.

Berjuta-juta rakyat terpaksa mencari pengangkutan alternatif pada hari ini, bekerja dari rumah atau mengambil cuti untuk menjaga anak-anak masing-masing.


Difahamkan, golongan pekerja dalam sektor pengangkutan dan pendidikan antara paling ramai menyertai protes berkenaan.

Profesor universiti, Martine Beugnet, 59, memberitahu AFP, protes ini adalah lebih daripada isu pencen.

Katanya, ia dilihat lebih kepada apa yang dimahukan rakyat.

Kebanyakan perkhidmatan kereta api metro dan pinggir bandar Paris dihadkan, kata pengendali pengangkutan ibu negara, RATP.

Syarikat kereta api, SNCF meramalkan, perjalanan antara bandar juga terganggu dengan hanya satu daripada tiga kereta api berkelajuan tinggi mungkin beroperasi.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori