Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banduan Di Penjara Australia...

CANBERRA - Jumlah banduan di penjara Australia meningkat 40 peratus dalam tempoh lima...

Perbelanjaan Berhemah, Kurangkan Ketirisan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menekankan mengenai kepentingan...

2 Anggota Bomba Cedera,...

IPOH - Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera selepas...

COVID-19: WHO Beri Amaran...

GENEVA - Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa musibah bakal terjadi...

Suami Isteri Bom Tukang Masak Didakwa Esok

AMPANG JAYA : Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes letupan bom buatan sendiri sehingga mengorbankan seorang tukang masak di Pandan Indah, di sini, akan didakwa di Mahkamah Ampang esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek berusia 30 dan 33 tahun itu akan didakwa jam 10 pagi di Mahkamah Ampang.

Beliau berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 8.55 malam pada 29 Disember lalu, seorang tukang masak sebuah restoran berusia 28 tahun maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya.


Mangsa mengalami parah pada anggota badan dan tangan.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menemukan beberapa objek dan kesan letupan antaranya kesan lekukan pada kereta mangsa.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori