Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Sajat Kini Dilamun Cinta...

SEBELUM ini hangat dengan satu posting penyanyi, Yuna yang menceritakan bagaimana dia jatuh cinta...

Pindaan Akta MKN Ditarik...

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ditarik balik semalam...

Yakin Dengan Esscom, Nelayan...

LAHAD DATU - Yakin dengan kawalan keselamatan yang diberikan oleh pasukan Keselamatan Kawasan...

Pengusaha Nasi Kandar Nafi...

BUKIT MERTAJAM - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini menafikan dakwaan...

Suspek Utama Kes Letupan Disambung Reman Tujuh Hari

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, pada 29 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 itu disambung reman sehingga 17 Januari ini.

“Pasangan itu, diwakili oleh peguam yang juga Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, kedua-dua suspek itu diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Serbuan dijalankan kira-kira jam 7.20 petang di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah.

Polis turut menemui barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori