Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPM Tawau Rampas 500...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 500 karton rokok seludup dipercayai...

Batal Lesen Jika Larang...

Jakarta - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak kerajaan membatalkan lesen pusat beli-belah yang...

475 Mangsa Banjir Masih...

JOHOR BAHRU - Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 475 mangsa banjir daripada...

Atuk Patut Menangis Melihat...

KEMPEN raih simpati Mahathir melalui klip filem pendek Harapan/Kasihanilah Atuk makin hari makin...

Taklimat Presiden UMNO, Ismail Sabri Hilang?

KUALA LUMPUR – Kelibat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak kelihatan pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu menjadi perhatian oleh kerana beliau merupakan Naib Presiden UMNO dan juga bekas Perdana Menteri.

Menerusi tinjauan Kosmo!, kehadiran Ismail Sabri tidak dilihat di pekarangan Dewan Merdeka bagi menghadiri taklimat tertutup Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermula pada pukul 3 petang tadi.

Dalam masa sama, pemimpin tersebut juga dilihat tidak muncul dan menyertai rombongan bersama pemimpin lain semasa ketibaan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.


Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba di Dewan Merdeka kira-kira pukul 3.10 petang tadi, bagi memimpin taklimat petang ini.

Beliau diiringi Datuk Seri Mohammad Hassan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan ketua-ketua sayap parti.

Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin serta Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Reezal Merican dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – KOSMO! ONLINE

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori