Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Suami Terkejut, Isteri Pengsan...

KUALA TERENGGANU - Kedatangan Aidilfitri disambut hiba lima sekeluarga selepas kediaman mereka musnah...

Rasuah: 2 Sahabat Dipenjara...

ALOR SETAR - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 masing-masing...

PDRM Batal Lesen Pemilikan...

KUALA LUMPUR - Semua lesen pemilikan raifal, yang dikenal pasti sebagai senjata api...

19 Individu Terlibat Judi...

KUANTAN - Polis menahan 19 individu termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat dalam...

Tiada Arahan Menteri Isytihar Harta – Rafizi

PUTRAJAYA – Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menteri kabinet mengisytiharkan harta mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan termasuk di dalam mesyuarat kabinet.

“Setakat ini tidak ada,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan platform data terbuka, Open DOSM Next Gen di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sama ada terdapat menteri lain yang diarahkan berbuat demikian oleh Anwar atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia di luar pengetahuannya.


“Saya tidak tahu,” ujar Rafizi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada arahan pengisytiharan harta dikeluarkan terhadap menteri kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, sebahagian besar daripada 72 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya berbuat demikian.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori