Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

‘Baitulmaqdis Ibu Kota Israel...

TANPA menghiraukan kecaman dan kemarahan antarabangsa, Israel tampil dengan kenyataan baharu mengundang api...

Jumlah Korban Taufan Michael...

PANAMA CITY - Jumlah kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 17 orang semalam,...

AirAsia X Tambah Kekerapan...

KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke...

Kewangan Islam Berkembang Pesat...

KUALA LUMPUR - Sistem kewangan Islam telah berkembang pada kadar yang lebih pantas...

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian Khairy Jamaluddin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengesahkan perkara itu berkata, tiada apa-apa mesyuarat parti diadakan hari ini.

“Tiada apa-apa mesyuarat hari ini,” katanya melalui pesanan WhatsApp, di sini hari ini.

Terdahulu, portal berita melaporkan status keahlian Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan itu akan ditentukan petang ini melalui mesyuarat parti.

Namun difahamkan mesyuarat MKT UMNO akan hanya diadakan pada Jumaat ini.


Bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini secara terbuka ‘mengkritik’ beberapa pemimpin UMNO, selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur.

Khairy yang tewas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh, November lalu, secara terbuka turut mahu ‘membersihkan’ UMNO jika menang di kerusi itu sebelum ini.

Malah Khairy juga menarik perhatian apabila mendakwa terdapat ‘perwakilan import’ ketika proses pengundian usul tambahan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada Persidangan Agung UMNO 2022 baru-baru ini yang mana ia dinadikan oleh pimpinan parti berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori