Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Miliki Payudara Luar Biasa,...

Hanya kerana nafsu, seorang lelaki di bandar Tengzhou di wilayah Shandong, China, tegar...

‘Pintu’ Rahsia Seludup Migran

BUKIT KAYU HITAM - Keadaan sekitar perumahan penduduk Ladang Rakyat Laka Temin dan...

Haqiem Rusli Pegang Teguh...

KEJAYAANNYA dalam dunia seni bermula pada usia 18 tahun walaupun sudah lama menapak...

6 Letupan Bom Gegar...

JAKARTA - Beberapa letupan kedengaran di tengah pusat ibu kota Indonesia, Jakarta pada...

Tiga Peguam Siti Bainun Tarik Diri

Kuala Lumpur : Prosiding bela diri pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella ditangguhkan esok, berikutan tiga peguam yang mewakilinya menarik diri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif memfailkan permohonan menarik diri secara bertulis kepada Mahkamah Sesyen, di sini, Jumaat lalu, manakala Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor membuat permohonan secara terbuka di mahkamah hari ini.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, pihaknya akur dengan permohonan terbabit walaupun isu itu menjejaskan kelancaran perbicaraan kes itu yang tertangguh beberapa kali.

Katanya, perkara itu tidak wajar berlaku kerana tarikh perbicaraan sudah ditetapkan dan dipersetujui semua pihak lebih awal dan mereka mempunyai masa mencukupi untuk membuat permohonan sekiranya mempunyai sebarang masalah.

“Untuk Nur’Aminahtul adalah menjadi tugas mahkamah meneliti permohonan itu (tarik diri), namun pada akhirnya itu adalah hak peguam itu sendiri.

“Dalam rekod mahkamah masih lagi ada baki peguam mewakili kamu (Siti Bainun) belum buat permohonan iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil, jadi saya perlu minta mereka nyatakan pendirian dan saya hendak penjelasan mereka.

“Saya tangguhkan (perbicaraan) esok untuk mengetahui status peguam sama ada kamu mencari peguam baru menggantikan Nur’Aminahtul atau kekalkan Nurul Hafidzah dan Asiah,” katanya dalam mahkamah petang ini.

Terdahulu ketika Izralizam meminta penjelasan mengapa permohonan itu dikemukakan pada saat akhir, pagi ini, Nur’Aminahtul menjelaskan, pihaknya berpendirian tidak akan mewakili Siti Bainun kerana kekangan masa dan masalah peguam menarik diri kerana pembahagian tugasan sudah dibuat.

“Pendirian kami, tidak akan meneruskan pembelaan Siti Bainun kerana saya tidak boleh bertindak sendirian tanpa pasukan selepas dimaklumkan Farhan dan Elina menarik diri tengah malam tadi.


“Saya perlu jelaskan situasi ini kerana pasukan saya membabitkan lima firma yang mana pembahagian tugas sudah diberikan, jadi apabila isu ini timbul ia menjejaskan jadual kerja kami.

“Saya dan Siti Bainun berbincang (waktu prosiding pagi tadi ditangguhkan) mengenai isu ini dan saya akan membantunya mencari peguam mewakilinya,” katanya.

Sementara itu, Siti Bainun berkata, dia hanya mengetahui peguam belanya menarik diri pagi ini.

“Saya faham Nur’Aminahtul ada beritahu saya mengenai kekangan masa dan jadual peguam lain (bertindih) tetapi kita tidak dimaklumkan mengenai isu peguam tarik diri hari ini.

“Saya akan cuba mendapatkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) atau meminta bantuan Nur’Aminahtul mencari peguam lain,” katanya.

Terdahulu prosiding itu tergendala kira-kira dua jam apabila pihak peguam mewakili Siti Bainun mengemukakan permohonan menarik diri berikutan tidak mempunyai kelapangan pada tarikh ditetapkan sebelum ini hingga Izralizam mengarahkan mereka berbincang.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Aka Kanak-Kanak 2001.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori