Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Diana Johor Ambil Keputusan...

'DULU berhijab, kini seksi'... itu tajuk yang dipaparkan menerusi sebuah akhbar tempatan bulan...

Agong Rasmi Program Inkubasi...

KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan merasmikan...

Azih Muda Umum Tanding...

KUALA LUMPUR - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih...

Afrika Selatan Buat Cukai...

JOHANNESBURG - Pemerintah Afrika Selatan mahu menguatkuasakan ‘cukai lemak’ ke atas minuman bergula...

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan ketika ini susulan orang ramai masih mengambil peluang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK)@E8, antara yang dilaporkan mengalami kesesakan.

“Trafik perlahan dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak dan Genting Sempah pula menghala ke Bukit Tinggi,” katanya.

Sementara itu, Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS@E2 turut dilaporkan perlahan dari arah utara bermula dari Skudai ke Kulai, Sedenak ke Simpang Renggam, Tangkak ke Jasin dan Senawang ke Port Dickson.


Dilaporkan situasi tersebut berlaku menghala ke arah Selatan, di mana trafik mula sesak dan perlahan bermula dari Putra Mahkota ke Nilai dan Senawang ke Pedas Linggi.

“Di PLUS@E1 arah Selatan, ia melibatkan susur sebelum masuk ke Plaza Tol Sg. Dua, Jawi ke Bandar Cassia, Slim River ke Sungkai dan Rawang ke Sungai Buaya.

“Ke arah selatan pula, keadaan sama berlaku di Bukit Tambun ke Bandar Cassia dan Permatang Pauh ke Perai,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori