Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

“Tatu Tetap Haram Walaupun...

SEKARANG seperti sudah menjadi 'trend' tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar...

Sultan Brunei Pulangkan Ijazah...

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat yang dianugerahkan kepada baginda...

PBB Usaha Halang Serangan...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam bertindak untuk menghalang pertempuran sengit...

12 Gambar Ini Bakal...

GAMBAR boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara bergantung kepada cara seseorang individu itu berfikir...

Tren ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina

Kuala Lumpur : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan hari ini, KTMB memaklumkan tiket tren tambahan itu akan mula dijual esok bagi perjalanan pada 19 hingga 24 Januari depan.

“Perkhidmatan ETS tambahan ini akan berlepas dari KL Sentral pada 5.05 petang dan tiba di Padang Besar 10.34 malam, manakala dari Padang Besar, tren ETS akan berlepas pada 11 pagi dan tiba di KL Sentral 4.36 petang.

“Tren tambahan ini menawarkan 630 tiket sehari dan menjadikan jumlah keseluruhan 3,780 tiket termasuk koc kelas perniagaan,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan berkenaan memaklumkan inisiatif itu sebagai memenuhi permintaan penumpang yang tinggi ketika musim perayaan serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman dengan selesa dan selamat.

“Orang ramai digalak untuk mendapatkan tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai,” katanya.

Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori