Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

APMM Gagalkan Penyeludupan Arak...

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan penyeludupan 7,840 karton arak...

Lantik Ketua Hakim Tanpa...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa mungkir janji lagi apabila gagal...

Tambah Hukuman Penjara Penguat...

KUALA LUMPUR - Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa meringkuk...

JKM Kesan Wanita Menyamar...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sedang mengesan seorang wanita yang...

UMNO Gantung Keahlian Noh Omar 6 Tahun

KUALA LUMPUR : UMNO menggantung keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, selama enam tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini, dengan ramai pemimpin parti itu yang dilihat bertindak ‘mensabotaj’ turut dikenakan tindakan sama ada dipecat atau digantung keahlian.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan bilangan atau identiti pemimpin yang dikatakannya terbabit dalam tindakan yang diputuskan parti itu.

Namun, katanya, perkara itu diumum sendiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui ucapan mukadimah ketika Mesyuarat MKT malam ini.

“Malam ini, sejarah bagi saya kerana tadi dalam ucapan mukadimah, Presiden (Ahmad Zahid) sudah mengumumkan berapa yang dipecat dan digantung.

“Dalam makluman itu, tiba-tiba tersenarai nama saya, digantung enam tahun.


“Ramai lagi tersenarai, tunggu sahajalah saya tidak mahu umum (berapa ramai dan siapa yang dikenakan tindakan),” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu malam ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kenyataan itu yang secara tidak langsung memberi isyarat beberapa pemimpin bakal disingkirkan dalam MKT UMNO malam ini.

Dalam pada itu, Noh mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya terus daripada parti.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori