Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelarasan Tarif Air NS...

REMBAU - Pelarasan tarif air di negeri ini berkuat kuasa 1 Mei lepas...

Fenomena Vorteks Kutub Landa...

ILLINOIS - Gabenor bandar ini mengeluarkan satu pelan kesediaan kecemasan sebelum satu vorteks...

Jemaah Haji Perlu Bayar...

SEPANG - Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan...

APMM Labuan Hantar Pesakit...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melakukan misi ihsan menghantar seorang...

Vaksin Bivalen Dijangka Tiba Pertengahan Tahun Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberitahu vaksin bivalen Pfizer mungkin tiba di Malaysia pada pertengahan tahun walaupun pada awalnya dijangka pada Jan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata memang pada awalnya vaksin berkenaan tiba akhir tahun lalu.

“Pada masa itu, kami (KKMmenyangka Pfizer akan menghantar vaksin bivalen ke sini pada Nov lalu tetapi kemudian diberitahu oleh syarikat terbabit bahawa mereka akan menghantar vaksin itu pada 13 Dis.

“Malangnya, cuti menyebabkan kami menangguhkan proses kelulusan berkenaan,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Noor Hisham menggantikan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa yang terpaksa berundur lebih awal kerana suatu urusan yang tidak dapat dielakkan.

Noor Hisham menambah KKM telah berbincang dengan Pfizer dan diberitahu vaksin bivalen terbabit akan dihantar ke sini pada pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun dia tidak dapat memberikan tarikh tepat ketibaan vaksin berkenaan kerana ia hanyalah anggaran yang diberikan oleh syarikat farmaseutikal berkenaan.

Katanya KKM juga masih melengkapkan kontrak pertama mereka dengan Pfizer untuk hanya mengedarkan vaksin monovalen.

“Sebelum ini, kami mempunyai kontrak monovalen dengan Pfizer tetapi kini kami meminta vaksin bivalent.


“Ia tidak dapat diselesaikan dalam tempoh sehari dua… ia memerlukan sedikit masa,” katanya.

Sementara itu Noor Hisham berkata walaupun varian XBB adalah penyebaran dominan Covid-19 di negara ini, subvarian Omicron XBB.1.5 baru masih belum dikesan.

Katanya KKM sedang meneliti pengembara asing dan tempatan untuk memastikan mereka tidak membawa masuk varian baru tersebut dan setakat ini hanya varian BA.5.2 dan BF.7 dikesan.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan kerana KKM mempunyai vaksin dan penggalak yang mencukupi – kita dilengkapi dengan baik dari segi perubatan.

“Kaedah pencegahan terbaik adalah dengan bersungguh-sungguh dalam mengelakkan tempat yang sesak, membersihkan tangan dan memakai topeng sekerap mungkin,” katanya.

Pada masa sama Noor Hisham mengingatkan orang ramai agar tidak menunggu vaksin bivalen kerana vaksin monovalen mempunyai kesan yang sama.

“Sila pergi ke klinik atau hospital awam terdekat anda untuk mendapatkan suntikan tersebut,” katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori