Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

3 Suruhanjaya Tinggi Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang...

Minat Anggota Keluarga Kepada...

IPOH - Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong...

Lelaki Terkejut Kaki Yang...

London - Seorang lelaki terkejut apabila polis mengetuk pintu rumahnya untuk bertanyakan keadaannya...

VIDEO : Kerajaan Pertimbang...

TUMPAT (Kelantan) - Hasil siasatan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji bayaran royalti...

VIDEO: Sempat Buat FB Live Sebelum Maut Pesawat Terhempas

KATHMANDU: Satu rakaman video tular dalam media sosial memaparkan detik-detik terakhir penumpang berada di dalam pesawat Yeti Airlines sebelum ia terhempas dan mengorbankan 68 orang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekumpulan empat rakan daripada lima penumpang warga India yang maut dalam nahas itu, dilaporkan sempat melakukan penstriman live di Facebook, beberapa minit sebelum pesawat itu terhempas di gaung semasa cuba mendarat di lapangan terbang di Pokhara.

Lapor portal The Hindu, empat mangsa itu dikenal pasti sebagai Sonu Jaiswal, Anil Rajbhar, Abhishek Kushwaha dan Vishal Sharma serta berasal dari daerah Ghazipur di Uttar Pradesh.

Dalam klip video berdurasi seminit 30 saat itu, empat rakan tersebut dilihat berasa teruja berkongsi pengalaman penerbangan, dengan seorang daripada mereka didengari ketawa sambil menyebut `Mauj Kar Di’ (berasa sangat seronok).

Rakaman video itu turut memaparkan Sonu sedang merakam pemandangan di luar tingkap pesawat.

Dalam video tersebut, logo Yeti Airlines kelihatan pada sayap kapal terbang itu dan iklan insuran Nepal dilihat pada bekalang tempat duduk penumpang dalam pesawat.

Pesawat itu dilihat mendarat normal sebelum skrin video Sonu secara tiba-tiba bertukar menjadi jingga dengan kedengaran jeritan penumpang ketika kabin pesawat bergegar.


Rakaman itu terus bersiaran ketika kedengaran bunyi dentuman kuat sebelum kabin pesawat terbakar.

Sementara itu, Times of India melaporkan, seorang ahli keluarga mangsa, Rajat Jaiswal mengesahkan Sonu berada dalam pesawat Yeti Airlines yang terhempas.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat yang membawa 72 penumpang termasuk empat anak kapal dari Kathmandu cuba mendarat di lapangan terbang yang baru dibuka.

Dilaporkan, seramai 15 warga asing membabitkan lima warga India, empat rakyat Russia, dua warga Korea Selatan dan masing-masing seorang dari Ireland, Australia, Perancis serta Argentina.

Sebahagian bangkai pesawat itu berada di lereng bukit, manakala sebahagian lagi terhempas ke dalam gaung di Sungai Seti.

Setakat ini, punca kejadian itu masih belum diketahui lagi

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori