Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

250 Rumah Atas Air...

SEMPORNA - Kira-kira 250 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau...

Peluang Tipis Temui Semua...

JAKARTA – Ketua Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), SB Supriyadi...

Tahap Radiasi Pancaran Menara...

KUALA LUMPUR - Tahap radiasi daripada pancaran frekuensi radio (RF) direkodkan sekitar menara...

Najib, Ahmad Zahid Hadir...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Forum Perdana Ehwal...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), menyebabkan sejumlah bangunan di beberapa buah bandar runtuh, manakala kerosakan turut berlaku di negara jiran, Syria.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai-pegawai tempatan berkata, 53 orang terkorban, namun angka korban dijangka terus meningkat kerana bencana berlaku ketika penduduk sedang tidur.

Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai berdiri dalam salji sambil memakai baju tidur dan dalam keadaan terkejut. Mereka menyaksikan pasukan penyelamat menggali runtuhan kediaman-kediaman yang rosak.

Gempa berlaku pukul 4.17 (waktu tempatan) pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer, kata agensi AS tersebut, manakala gegaran susulan bermagnitud 6.7 berlaku 15 minit kemudian.

“Saya mengucapkan salam kepada semua rakyat kita yang terkesan akibat gempa bumi.

“Harapan kita adalah kita akan dapat mengharungi bersama bencana alam ini seberapa cepat yang boleh dan dengan kerosakan paling minimum,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan di laman Twitter.

Gempa itu meratakan berpuluh-puluh bangunan di serata bandar utama di selatan Turki di samping Syria. Negara jiran Turki itu dibelenggu keganasan selama lebih sedekad yang menyaksikan ratusan ribu orang terbunuh dan berjuta-juta penduduk menjadi pelarian.


Stesen televisyen Turki dan sosial media menyiarkan imej menunjukkan anggota-anggota penyelamat menggali dicelah-celah runtuhan bangunan di bandar Kahramanmaras dan jirannya, Gaziantep.

Stesen televisyen NTV melaporkan bahwa bangunan-banguna juga runtuh di bandar Adiyaman, Malatya dan Diyarbakir.

Sementara itu, gegaran turut dirasakan di Lebanon, Syria dan Cyprus, demikian menurut koresponden AFP.

Sekurang-kurangnya 42 orang turut terkorban di bahagian utara Syria, kata media tempatan.

Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan bahawa sebuah bangunan dekat Latakia di pantai barat Syria runtuh.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori