Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nicol Gagal Teruskan Kemaraan...

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David hanya mampu mara setakat...

Mahkamah Benar Roger Ng...

KUALA LUMPUR - Sebuah mahkamah hari ini membenarkan bekas pegawai bank Goldman Sachs...

“Saya Jalan Amanah Sebagai...

PEMILIK dobi layan diri yang terletak di Jalan Junid, Muar, Johor yang tular...

Apa Ditakuti Dap Pada...

SEBENARNYA Dap boleh menerima hakikat kalau kedua-dua kerusi parlimen di Sungai Besar dan Kuala...

6 Termasuk 5 Polis Dituduh Bunuh Pemandu E-hailing Di Ladang Sawit

TAWAU: Lima polis serta seorang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dekat sini pada 13 Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semua tertuduh, Rosdi Rastam, 44; Denis Anat Anit, 44; Fabian Anak Rungam, 43; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 39; dan Vivien Fabian, 34, masing-masing dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, semua mereka dituduh dengan niat membunuh Nurman Bakaratu, 61, yang juga seorang pemandu e-hailing antara 7.30 malam hingga 10.30 pada 13 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Turut didakwa Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama atas pertuduhan bersubahat dengan Rosdi, Denis, Fabian, Khairul, Mohd Azlan, dan Vivien untuk membunuh Nurman Bakaratu pada tarikh, lokasi dan masa yang sama.


Bagaimanapun, tiada tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad (Ketua); Khairul Azreem Mamat; Muhammad Ilmami Ahmad; Rohaiza Abdul Rahman dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim.

Peguam Chen Wen Jye, Ram Singh dan Kimberly Ye mewakili Khairul Azman, sementara Kamarudin Chengki dan Timothy Daut mewakil Rosdi Rastam.

Dalam pada, Majistret Dzul Elmy turut membenarkan permohonan bon jaminan mahkamah terhadap dua lagi pegawai polis, Usman Lanaga dan John Kennedy Sanggah serta seorang awam, Shim Vui Nyen sebagai saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 11 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori