Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Bouncer’ Didakwa Bunuh Remaja

KOTA KINABALU - Seorang 'bouncer' atau pengawal sebuah pusat hiburan di sini, dihadapkan...

Kereta Mewah Tapi Otak...

BEBERAPA gambar dimuat naik oleh pengguna Facebook Mohd Fadzli yang memaparkan kenderaannya dianiaya...

Video Penampilan Terakhir Steven...

SEMALAM merupakan penampilan terakhir Steven Gerrard bersama pasukan Liverpool yang diwakilinya sejak 17...

Armada Dakwa Serangan Disasarkan...

SUSULAN kekecohan insiden baling kerusi dan bakar suar semasa program Nothing to Hide...

9 Mayat Gempa Bumi Turkiye Ditemukan SMART

PETALING JAYA : Kira-kira sembilan mangsa gempa bumi berjaya ditemukan pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye ketika menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR), semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dalam hantaran Facebook hari ini, memaklumkan pasukan MAS-01, Nadma itu berjaya menemukan dan mengeluarkan sembilan mangsa di kawasan berkenaan

Katanya, pasukan terbabit dilaporkan memulakan tugas dengan membuat peninjauan bersama Disaster and Emergency Management Authority (AFAD) dan Local Emergency Management Authority (LEMA) di beberapa lokasi.

“Operasi dimulakan di 920 Nula, Sk Nurdagi, Gaziantep di mana sembilan mayat berjaya dikeluarkan dengan kaedah memotong dan memecah menggunakan peralatan khas serta bantuan anjing pengesan.

“Mangsa yang dikenal pasti adalah masing-masing seorang bayi perempuan, kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki dan lima wanita dewasa serta dua lelaki dewasa.

“Operasi dilaporkan adalah amat rumit dan berbahaya memandangkan struktur tidak stabil.” kata hantaran itu.


Terdahulu, pasukan MAS-01 SMART turut menemui lima mangsa di runtuhan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep.

Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang dijumpai telah meninggal dunia.

Malaysia menghantar dua pasukan dalam misi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye dengan pasukan pertama berlepas ke negara berkenaan pada Isnin lalu, manakala pasukan kedua pula berlepas pada kelmarin.

Isnin lalu, selatan Turkiye digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud berpusat di daerah Pazarcik.

Gegaran menyebabkan runtuhan bangunan di beberapa wilayah termasuk Diyarbakir dan Gaziantep yang sehingga kini dilaporkan telah mengorbankan lebih 20,000 nyawa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori