Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Merisaukan…Kecil-Kecil Sudah Tahu Perihal...

AMBOI...hebat sungguh budak-budak sekarang!Kencing pun bercabang lagi, ada hati nak letak status 'Married'...

Tony Fernandes Dipilih CEO...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tony Fernandes dipilih sebagai CEO...

Hormati Agama Lain Untuk...

MELAKA - Seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati agama orang lain untuk memastikan agama...

Tutup Sekolah Jika IPU...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi nasihat kepada...

Anggota Tentera Mengamuk, Bunuh 4 Rakan

MANILA: Lima anggota tentera terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah kem tentera di selatan Filipina, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurucakap Divisyen Infantri ke-4, Mejar Francisco Garello dalam satu kenyataan, berkata penembak yang juga seorang anggota tentera turut terbunuh.

Beliau berkata, seorang anggota tentera mengamuk pada jam 1 pagi tadi dan membunuh empat anggota perkhidmatan di pekarangan kem tentera di bandar Cagayan de Oro.

“Penembak kemudian pergi ke bilik lain di mana dua tentera bergelut dan membunuh mereka.

“Kami memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ini adalah insiden terpencil,” katanya.


Dalam kejadian itu, seorang lagi anggota cedera parah.

Siasatan dalaman sudah dimulakan bagi mengenal pasti punca dan jurang dalam proses pengambilan dan latihan.

Tembakan berlaku secara sporadis di negara Asia Tenggara.

Pada bulan Jun, tiga orang termasuk seorang bekas datuk bandar maut dalam kejadian tembakan pada hari graduasi di ibu negara Manila.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori